51.1 peratus populasi Malaysia kini lengkap divaksin

Seramai 16,680,780 individu telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat Khamis. - Foto fail Bernama
Seramai 16,680,780 individu telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat Khamis. - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 16,680,780 individu atau 51.1 peratus populasi keseluruhan di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Melalui perkongsian infografik di laman Twitter rasminya pada Jumaat, JKJAV memaklumkan seramai 21,080,152 individu atau 64.5 peratus daripada populasi keseluruhan pula sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan

No Image Caption

.

Sebanyak 322,346 dos vaksin Covid-19 yang merangkumi 133,861 dos pertama dan 188,485 dos lengkap turut diberikan semalam, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 37,714,587 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Bernama