Terima rasuah syarikat bekal baja, dua lelaki direman empat hari

Dua lelaki termasuk seorang penjawat awam direman empat hari di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM18,000 pembekalan baja, enam tahun lalu.
Dua lelaki termasuk seorang penjawat awam direman empat hari di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM18,000 pembekalan baja, enam tahun lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua lelaki termasuk seorang pengurus sebuah pertubuhan peladang direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM18,000 pembekalan baja 5,000 liter baja cecair organik, enam tahun lalu.

Timbalan Pendaftar Namirah Hanum Mohamed Albaki mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan suspek, bermula pada Jumaat sehingga 13 September.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 54 dan 51 tahun, tiba pada jam 10 pagi dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari serta dikawal pegawai SPRM.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, SPRM menahan dua individu termasuk seorang penjawat awam berhubung kes menerima suapan kira-kira RM18,000 daripada sebuah syarikat pembekal baja.

Sumber SPRM memaklumkan, perbuatan itu dipercayai dilakukan seorang penjawat awam bersama seorang lagi suspek masing-masing berusia dalam lingkungan 50-an sebagai balasan membantu syarikat pembekal baja mendapatkan kerja-kerja membekalkan baja cecair organik bernilai lebih RM140,000 kepada sebuah pertubuhan peladang di Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN:SPRM tahan dua individu termasuk penjawat awam

Artikel Berkaitan: