X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

[VIDEO] Pembantu klinik dirakam majikan dalam tandas

A
A

PETALING JAYA - Seorang wanita menempuh detik mencemaskan apabila dirakam dalam tandas oleh majikannya sendiri dalam kejadian di sebuah klinik swasta pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Kosmioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa yang berumur 30 tahun itu dirakam oleh suspek ketika berada dalam tandas di klinik berkenaan.

"Siasatan awal dijalankan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang merupakan pembantu klinik berkenaan ternampak sebuah telefon bimbit yang berada pada kedudukan tinggi dalam tandas berkenaan, mangsa mendapati kamera telefon tersebut dalam keadaan terbuka.

"Mangsa terus mengambil telefon berkenaan dan mengecam telefon itu milik majikannya, mangsa yang terkejut dan malu dengan kejadian kemudian terus mencapai beg tangannya dan ingin keluar daripada klinik tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, bagaimanapun tindakan mangsa yang secara tergesa-gesa ingin keluar dari klinik tersebut disedari majikannya itu.

"Suspek kemudian menghalang mangsa dan cuba meminta mangsa memulangkannya kembali telefon bimbitnya, suspek turut berjanji untuk menghapuskan rakaman tersebut di hadapan mangsa.

"Mangsa menyerahkan kembali telefon bimbit suspek, mangsa bagaimanapun tidak nampak apa yang dipadam oleh suspek," katanya.

Menurutnya, risikan dan maklumat yang dijalankan kemudiannya berjaya memberkas suspek kira-kira jam 7.30 petang.

"Suspek yang berumur 46 tahun itu kemudiannya berjaya diberkas di satu kawasan di Petaling Jaya dan telefon bimbit suspek turut dirampas.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 509/377D Kanun Keseksaan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!