X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Penggiat industri pelancongan Langkawi disaran sertai program NCIA

Dataran Lang mercu tanda Langkawi.
A
A

ALOR SETAR - Penggiat industri pelancongan di Langkawi disarankan untuk menyertai pelbagai program di bawah kendalian Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi merancakkan lagi industri tersebut di samping mengatasi impak pandemik Covid-19 ke atas sektor berkenaan.

NCIA dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, pihaknya dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah bekerjasama untuk memperkenalkan Program Modal Insan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang merangkumi program [email protected], [email protected] dan entrepreneurNCER.

Menurut NCIA, sebagai persediaan untuk pembukaan gelembung pelancongan di Langkawi pada 16 September ini, lebih 100 penggiat industri pelancongan termasuk wakil daripada beberapa rangkaian hotel antarabangsa telah menghadiri sesi webinar khas berkaitan program itu.

“Sesi webinar khas itu bertujuan untuk memberi maklumat dan panduan kepada pengiat industri pelancongan mengenai program modal insan NCER berkenaan bagi merancakkan lagi industri pelancongan di pulau itu.

"NCIA menyarankan para penggiat industri pelancongan Langkawi untuk turut serta dalam program [email protected] dan [email protected] untuk meneruskan proses pengambilan pekerja dan mengekalkan pekerja dalam sektor mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Program [email protected] menyasarkan golongan belia, wanita, peniaga kecil, perusahaan mikro, dan pekerja yang diberhentikan dalam kategori B40 dengan menawarkan kursus teknikal, mahir, dan separa mahir untuk membantu peserta memperoleh pendapatan lebih tinggi dalam jangka masa pendek dan membantu memulakan perniagaan dengan modal rendah.

"Lebih 370 peserta telah mendapat manfaat daripada program [email protected] dan menerima kit permulaan perniagaan mereka berdasarkan kursus yang dipilih, manakala sebanyak 147 pengusaha mikro merangkumi pelbagai sektor mendapat manfaat dari jumlah pembiayaan sebanyak RM4.4 juta pada 31 Julai 2021 menerusi program enteprenuerNCER," kata NCIA.

Program [email protected] pula setakat ini telah membantu tiga syarikat yang terlibat dalam bidang perhotelan, tarikan pelancongan dan rekreasi, serta seramai 65 peserta di Langkawi.

Selain itu, katanya, sebuah lagi program yang boleh dimanfaatkan oleh pemain industri pelancongan tempatan ialah entrepreneurNCER iaitu program untuk membantu usahawan mikro dan PKS dengan menyediakan bantuan pinjaman dan bimbingan kepada usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.

"Program itu adalah melalui kerjasama strategik dengan Maybank dan Agrobank yang memberikan pinjaman mudah kepada usahawan melalui kaedah penambahan kadar faedah bank sebanyak 50 peratus," kata kenyataan itu.

Sementara itu Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, program yang ditawarkan kepada industri pelancongan Langkawi oleh NCIA itu adalah sebahagian daripada peranan strategik dalam membantu memulihkan ekonomi pelancongan di wilayah ini.

"Program-program yang dijalankan diharap dapat memberi manfaat kepada rakyat di Langkawi khususnya dalam membantu meningkatkan pendapatan dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik semasa pandemik ini," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib pula berkata, pihaknya menghargai usaha kerajaan negeri dan Persekutuan serta NCIA dalam membantu syarikat dan pekerja industri pelancongan tempatan untuk pulih daripada kesan pandemik melalui pelbagai program modal insan yang dilaksanakan di NCER. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!