Perhimpunan mega puak Shinawatra

Ribuan penunjuk perasaan turut berhimpun di tengah Bangkok.
Ribuan penunjuk perasaan turut berhimpun di tengah Bangkok.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Parti yang bersepakat dengan puak Shinawatra mengadakan perhimpunan mega, semalam.

Perhimpunan awam berlangsung di seluruh negara termasuk Chiang Mai yang merupakan bandar kelahiran bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.

Anggota Parti Pheu Thai menerusi ucapannya di hadapan penyokong di stadium di Chiang Mai menjanjikan pembangunan dan insentif untuk usahawan di bandar utara.

Thaksin yang kini hidup dalam buangan terima sokongan kuat pesawah dan sebahagian besar pengundi bandar.

Lewat Jumaat lalu, ribuan penunjuk perasaan turut berhimpun di tengah Bangkok menyertai kempen parti Thai Raksa Chart, sebuah lagi parti politik dikaitkan dengan Shinawatra.

Thai Raksa Chart berdepan kemungkinan dibubarkan Mahkamah Perlembagaan melalui keputusan diumumkan pada Khamis ini selepas rancangan untuk menjadikan kakak Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn sebagai calon perdana menteri dibatalkan.

"Jika ia dibubarkan, ia akan memusnahkan harapan kami untuk memperoleh demokrasi," kata Chailerm Phothijad, 55. - Straits Times

Artikel Berkaitan: