Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah PD maut

Mangsa meninggal dunia di lokasi. Foto Ihsan: PDRM
Mangsa meninggal dunia di lokasi. Foto Ihsan: PDRM
A
A
A

NILAI - Penolong Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson maut selepas motosikal ditunggang kemalangan di simpang tiga lampu isyarat selepas Tol Nilai di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.25 petang itu, Muhamad Syafique Zurid, 44, yang menunggang motosikal jenis Honda CBR 1000 maut di lokasi.

Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dari arah Masjid Putra Nilai menuju ke Seremban.

"Namun sebaik tiba di lokasi, mangsa yang berada di susur kiri jalan telah hilang kawalan lalu terbabas ke tengah jalan dan melanggar pembahagi jalan.

"Akibatnya mangsa meninggal dunia di lokasi, tapi tidak dapat dipastikan kecederaan dialami kerana tiada kecederaan luar," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban untuk bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: