Dua maut, lima cedera letupan gas pangsapuri di Rusia

Anggota penyelamat melakukan pemeriksaan di kawasan terlibat. - Foto EPA
Anggota penyelamat melakukan pemeriksaan di kawasan terlibat. - Foto EPA
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya dua maut manakala lima yang lain cedera dalam satu letupan gas di sebuah bangunan pangsapuri di luar Moscow pada Rabu.

Menurut pihak berkuasa, letupan di sebuah bangunan sembilan tingkat di Noginsk, sebuah bandar di timur Moscow, menyaksikan tiga tingkat terkesan.

Selain itu, kira-kira 30 unit pangsapuri bangunan itu turut terjejas.

Pihak berkuasa tempatan berjaya memindahkan 170 individu dari bangunan berkenan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya wujud unsur jenayah.

Artikel Berkaitan: