400 NGO tuntut bebaskan politik negara daripada rasuah

Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, gabungan gergasi itu akan bersama-sama membentangkan beberapa tuntutan penting untuk diambil kira oleh kepimpinan negara demi menggerakkan satu gerakan massa dan melahirkan negara Malaysia tanpa rasuah.

A
A
A

SHAH ALAM - Rasuah Busters bersama lebih 400 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bakal menganjurkan pelancaran dan pembentangan besar-besaran untuk mengemukakan beberapa tuntutan serta pandangan rakyat ke arah Malaysia yang bebas cengkaman rasuah.

Program yang mengangkat tema Politik #MalaysiaTanpaRasuah itu bakal diadakan pada 11 September (Sabtu) bermula pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari di platform Facebook Rasuah Busters, Sinar Harian dan semua Facebook gabungan NGO.

Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, gabungan gergasi itu akan bersama-sama membentangkan beberapa tuntutan penting untuk diambil kira oleh kepimpinan negara demi menggerakkan satu gerakan massa dan melahirkan negara Malaysia tanpa rasuah.

Berbeza dengan bual bicara biasa, program Politik #MalaysiaTanpaRasuah bakal menampil tujuh panel utama yang akan memberikan perkongsian mereka dalam gerakan reformasi politik Malaysia.

Kata Nurhayati, antara panel utama yang akan hadir ialah Dr Muhammad Mohan daripada Transparency International-Malaysia (TI-M), Thomas Fann daripada Bersih 2.0 dan Badlishah Sham Baharin daripada Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

Turut menjayakan program itu termasuk Cynthia Gabriel daripada Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Tricia Yeoh dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Tharma Pillai (Undi18).

Selain itu, ia turut menampilkan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub yang juga Ketua Pasukan Rasuah Busters.

Katanya, lebih menarik, orang ramai boleh menyertai program pembentangan itu melalui dua cara sama ada menerusi link Zoom https://bit.ly/3DRuCfb atau menonton menerusi semua platform digital Sinar Harian dan Rasuah Busters.

“Program ini adalah satu keperluan pada waktu negara sekarang sedang menuju fasa pemulihan sepenuhnya daripada pandemik Covid-19 dan juga ekonomi.

Artikel Berkaitan:

“Kita percaya struktur politik negara yang tidak stabil boleh menyumbang kepada gagal atau lumpuhnya apa saja bentuk proses pemulihan yang akan dibuat,” tambah Nurhayati.

Program pelancaran dan pembentangan POLITIK #MalaysiaTanpaRasuah

Tarikh: 11 September 2021 (Sabtu)

Jam: 11 pagi hingga 12.30 tengah hari Daftar segera di: https://bit.ly/3DRuCfb

(tempat adalah terhad)

Platform siaran: FB #RasuahBusters, Sinar Harian dan semua NGO, media yang bergabung