X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

Polis rakam keterangan pemandu kereta kes langgar lari

Rakaman insiden kemalangan tular di media sosial.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis merakam keterangan seorang lelaki dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes kemalangan jalan raya melibatkan penunggang basikal yang dilanggar lari oleh sebuah kereta di Jalan Kinabalu di sini, pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya telah menghubungi pemandu kereta berusia 22 tahun itu.

"Dia telah hadir ke Balai Trafik Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang, kemudian dibebaskan selepas keterangan diambil. Keretanya ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sarifudin berkata, siasatan awal terhadap video tular yang berdurasi satu minit itu mendapati penunggang basikal tersebut dari arah Cheras menghala ke Jalan Kuching pada jam 7.15 pagi.

"Sampai di tempat kejadian, penunggang basikal dilanggar oleh sebuah kereta berwarna merah dari arah belakang dan kenderaan tersebut meneruskan perjalanan tanpa berhenti di tempat kejadian.

"Mangsa berusia 33 tahun yang bertugas sebagai kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengalami cedera ringan dan telah membuat laporan polis," katanya.

Sarifudin berkata, kes diklasifikasikan di bawah Rule 10 LN 166/59.

"Oang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!