'Minta maaf ustaz sebab saya memang salah'- Siti Kasim

Siti Kasim
Siti Kasim
A
A
A

PETALING JAYA- “Minta maaf Ustaz sebab saya memang salah," kata Siti Zabedah Kasim atau dikenali Siti Kasim menerusi akaun Twitter hari ini, berhubung kontroversi terbaharunya.

Siti Kasim tampil memohon maaf secara terbuka terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad kerana mendakwanya memakai jam tangan jenama mewah berjenama Rolex.

Terdahulu Idris menerusi Twitternya menafikan beliau memakai jam tangan jenama mewah berjenama Rolex sepertimana dakwaan peguam kontroversi itu.

Idris berkata, jam yang dipakai beliau itu sebenarnya adalah jenama Buruj yang telah lama dipakainya bagi memudahkan dirinya untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat (dengan jam Buruj berkenaan),” jelas Idris.

ARTIKEL BERKAITAN Bukan jam Rolex tapi Buruj, Idris Ahmad selar dakwaan Siti Kasim

Artikel Berkaitan: