Penganggur didakwa lakukan amang seksual

Tertuduh di bawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.
Tertuduh di bawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan pada Febuari lalu.

Tertuduh, Mohammad Hisham Az-Zuhdi Sharifuddin Al-Safawi, 21, dari Kampung Mengabang Telong, Kuala Nerus, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal dengan cara memeluk dan memegang pipi mangsa, yang berusia 17 tahun, kira-kira jam 7.30 petang, di kedai menjual ayam goreng, Batu Rakit, Kuala Nerus, pada 20 Febuari lalu.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 April ini sebagai sebutan semula.

Artikel Berkaitan: