Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini

Ringgit diniagakan tinggi pagi ini berbanding dolar AS.
Ringgit diniagakan tinggi pagi ini berbanding dolar AS.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit diniagakan tinggi pagi ini berbanding dolar AS, didorong oleh sentimen positif pelabur yang terus mengambil petunjuk daripada Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan Malaysia yang mengukuh 43.4 pada bulan lepas berbanding 40.1 pada bulan Julai, 2021.

Unit tempatan dilihat meneruskan trend menaik minggu lepas berbanding dolar AS.

Berdasarkan peningkatan mingguan, ringgit meningkat kira-kira 1.07 peratus berbanding dolar AS pada Jumaat sebelum ini.

Pada jam 9 pagi, nilai ringgit naik kepada 4.1410/1440 daripada penutupan Jumaat 4.1445/1475.

Selain itu, turut menyokong ringgit ialah sentimen lemah data pekerjaan AS yang dikeluarkan pada Jumaat yang secara automatik memberi isyarat kepada Rizab Persekutuan untuk mengekalkan kos meminjam dolar AS pada kadar rendah sambil memelihara pemulihan ekonomi.

Selepas Persekutuan, bank pusat di negara-negara membangun turut bersedia mengadakan mesyuarat dasar masing-masing minggu ini yang akan menyediakan hala tuju kepada peniaga.

Di Malaysia, Bank Negara dijangka memulakan mesyuarat dasar monetarinya selama dua hari bermula Khamis.

Para penganalisis menyatakan bank pusat cenderung untuk mengekalkan kadar faedah semalaman pada 1.75 peratus.

Artikel Berkaitan:

Pada paras pembukaan, nota tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0850/0877 daripada 3.0876/0903 pada Jumaat, menyusut berbanding Yen kepada 3.7707/7734 daripada 3.7705/7735 dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.7369/7411 daripada 5.7352/7393.

Berbanding Euro, unit tempatan meningkat kepada 4.9187/9222 daripada 4.9195/9231. - Bernama