Primula Beach Hotel ditutup, 29 pekerja dijangkiti Covid-19

Notis penutupan Primula Beach Hotel susulan berlaku penularan Covid-19 terhadap 29 pekerja hotel berkenaan.
Notis penutupan Primula Beach Hotel susulan berlaku penularan Covid-19 terhadap 29 pekerja hotel berkenaan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Primula Beach Hotel ditutup selama dua minggu bermula Ahad hingga 18 September selepas 29 pekerja didapati positif Covid-19.

Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata, arahan penutupan premis itu dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu (PKDKT) mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit.

"Kita menerima arahan penutupan premis hotel selepas pihak kesihatan mengambil kira hasil penilaian risiko berikutan sejak kes pertama Covid-19 yang dilaporkan berlaku di sini.

"Sebelum ini, kita telah menutup satu daripada empat dapur termasuk Bayu Restoran pada 29 Ogos lalu.

"Bagaimanapun, pihak PKDKT mengarahkan penutupan keseluruhan premis sehingga 18 September depan selepas berlaku penularan membabitkan bahagian berlainan," katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kesemua 109 pekerjanya akan menjalani saringan Covid-19 bermula Isnin.

"Pihak hotel bersama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kini mengambil langkah melakukan proses saringan pekerja bagi mengawal risiko jangkitan.

"Selain itu, proses pembasmian kuman turut dilakukan di premis ini," katanya.

Artikel Berkaitan: