X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Isu dihadapi pengusaha bas, institut memandu dibincang: Ka Siong

Ka Siong
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan sebelum mengumumkan keputusan mengenai perkhidmatan bas ekpres dan pengoperasian semula institut memandu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi sesi dialog yang diadakan secara maya pada Ahad berkata, beliau telah mendengar beberapa isu berbangkit serta menerima pelbagai cadangan daripada pemain industri terbabit.

“Antara yang dibangkitkan ialah pengoperasian semula institut memandu dan isu-isu berkaitan. Begitu juga dengan pengusaha bas ekspres yang masih tidak dapat beroperasi sepenuhnya ketika ini.

“Kesemua cadangan membabitkan kedua-dua sektor ini akan dibincangkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Majlis Keselamatan Negara bagi mencari penyelesaian terhadap isu yang melanda industri akibat pandemik Covid-19,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Antara pemain industri yang menyertai sesi dialog berkenaan adalah wakil daripada Pertubuhan Pengusaha Bas Ekspres Malaysia, Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia dan Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!