X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Shapawi terkejut atlet positif doping

Ahmad Shapawi - Foto Astro Arena
A
A

ISU doping yang sekali lagi menggemparkan sukan tanah air ternyata membuatkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, bingung mengenai keperluan dua atlet negara yang terlibat mengambil bahan terlarang itu ketika tiada sebarang kejohanan berlangsung.

Menurut laporan Nadi Arena kelmarin, dua atlet negara terlibat dengan pengambilan dadah terlarang menerusi pengesahan yang dilakukan oleh Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS).

Peringatan bagi pengambilan bahan terlarang berulang kali sudah diberitahu dan ia amat mengejutkan.

Sebaik ADAMAS mengeluarkan kenyataan berhubung dua atlet negara yang terlibat dengan pengambilan dadah terlarang.

Bagi Shapawi, dia ternyata tidak dapat menjelaskan di mana keperluan bahan terlarang itu digunakan sedangkan ketika tiada sebarang kejohanan sedang atau bakal berlangsung.

"Saya marah dan kecewa dengan apa yang telah berlaku.

"Mereka adalah atlet yang berpengalaman serta sudah dewasa dalam membuat keputusan bagi mengambil bahan terlarang tersebut."

Sudah pasti kehampaan Shapawi juga terarah kepada dua atlet tersebut yang masih dibelenggu dengan masalah pengambilan bahan terlarang walaupun berulang kali peringatan sudah diberi. - Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!