X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Polis cari pemandu Myvi lawan arus

Kereta Perodua Myvi yang dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Mex di laluan menghala ke Putrajaya.
A
A

SERDANG - Polis mengesan pemandu sebuah kereta Perodua Myvi yang dirakam memandu secara melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (Mex) dalam satu video yang tular pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, video yang berdurasi 19 saat itu memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kelabu dipandu secara melawan arus di laluan menghala ke Putrajaya lebuhraya tersebut.

"Hasil siasatan mendapati rakaman video tular itu berlaku sekitar jam 11 pagi pada Sabtu di Lebuhraya Mex.

"Semakan kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Mex Seri Kembangan mendapati kereta itu dipandu berlawanan arus menghala Kuala Lumpur bermula dari kawasan rehat dan rawat (RNR) Seri Kembangan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Anbalagan berkata, siasatan lanjut sedang giat dijalankan dan pihak polis masih mengesan pemandu kereta tersebut.

"Semakan CCTV di Plaza Tol Putrajaya dan RNR Seri Kembangan akan dibuat dalam masa terdekat," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!