Mayat lelaki pakai gelang merah jambu ditemui tersangkut di pokok

No Image Caption
A
A
A

TEMERLOH - Mayat seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu ditemui tersangkut di pokok di Sungai Semantan dekat Jalan Ketapa 1 di sini pada Sabtu.

Mangsa ditemui di tebing sungai oleh seorang lelaki berusia 46 tahun ketika ingin memancing di sungai terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Roslee Omar berkata, pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.35 petang.

Menurutnya, saksi memberitahu mangsa ditemui dalam keadaan meniarap iaitu bahagian muka dan badan ke dalam air selain tersangkut di pokok.

"Pihak polis telah meminta bantuan pihak bomba bagi mengeluarkan mayat mangsa.

"Hasil pemeriksaan luaran tubuh mangsa tiada sebarang kesan kecederaan di badan, namun pada tangan mangsa terdapat gelang merah jambu iaitu gelang pemeriksaan pengawasan dan pemerhatian bagi kontak rapat kes positif Covid-19 oleh Pejabat Kesihatan Daerah(PKD)," katanya dalam satu kenyataan.

Roslee berkata, hasil pemeriksaan dengan PKD mendapati mangsa yang berusia 51 tahun itu telah melakukan pemeriksaan Covid-19 pada 25 Ogos lalu dan keputusan ujian didapati negatif.

"Mangsa memiliki 15 rekod kes lampau iaitu 10 berkaitan narkotik dan selebihnya berkaitan jenayah kecurian.

Artikel Berkaitan:

"Walau bagaimanapun, kita akan buat ujian saringan Covid-19 untuk dapatkan keputusan sebelum bedah siasat bagi mengetahui sebab-sebab kematian," katanya.


Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)