Pengangguran 3.3 peratus dikurangkan secara berperingkat di Pahang

Syed Ibrahim (dua, kiri) melawat gerai syarikat yang menyertai Karnival Kerjaya Future Career Design 2019 di Kompleks Yayasan Pahang.
Syed Ibrahim (dua, kiri) melawat gerai syarikat yang menyertai Karnival Kerjaya Future Career Design 2019 di Kompleks Yayasan Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Kadar pengangguran di negeri ini mencecah 3.3 peratus pada tahun lalu, akan dikurangkan secara berperingkat melalui peluang pekerjaan kepada golongan belia di semua peringkat pendidikan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, ia bagi membolehkan belia bekerja dalam pelbagai bidang dan sektor.

"Setakat dua bulan pertama tahun ini seramai 8, 547 pencari kerja terdiri daripada golongan belia di negeri ini direkodkan.

“Kalau tidak silap saya sehingga kini terdapat kira-kira 5,997 jumlah kekosongan membabitkan pelbagai jawatan dan kelulusan sedia diisi oleh golongan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Kerjaya Future Career Design yang turut dihadiri Naib Canselor UCYP Datuk Ahmad Zainuddin di Kompleks Yayasan Pahang Tanjung Lumpur, hari ini.

Menurutnya, permohonan membabitkan sebanyak 49 peratus terdiri daripada lepasan ijazah dan PhD sementara 51 peratus lepasan diploma ke bawah.

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata, karnival anjuran University College Of Yayasan Pahang (UCYP) dengan kerjasama JobsMalaysia mampu membuka peluang pekerjaan kepada semua pencari kerja.

“Saya harapkan pencari kerja memanfaatkan peluang ini dan mendapat pekerjaan yang sesuai dengan mereka.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 1, 000 peluang pekerjaan disediakan 20 syarikat nasional dan multi nasional sempena karnival kali pertama dianjurkan,” katanya.

Menurutnya, penyertaan syarikat terbabit diharap dapat membuka peluang kepada lepasan sekolah menengah, kolej dan universiti mendapat pekerja yang sesuai dengan kelayakan.

“Saya yakin karnival kerjaya hari ini dapat membuka lembaran baru kepada generasi muda dalam bidang pekerjaan selepas menamatkan alam pendidikan.

“Sokongan diberikan JobMalaysia menjayakan lagi program yang diadakan selama sehari itu," katanya.