Cuba beri suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak

Cuba pada Jumaat mula memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak. - Foto 123rf
Cuba pada Jumaat mula memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak. - Foto 123rf
A
A
A

HAVANA - Cuba pada Jumaat mula memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak, memandangkan wabak kian merebak di negara itu.

Pihak berkuasa kesihatan berkata, suntikan tiga dos itu menggunakan vaksin keluaran tempatan dan akan diberikan kepada mereka yang berusia dua tahun hingga 18 tahun, lapor Agensi Berita Xinhua.

Kira-kira 80,000 pelajar sekolah menengah dan sekitar 10,000 guru akan menerima dos pertama vaksin Abdala, dua hari selepas dilancarkan.

Sebanyak 700 sekolah telah dijadikan pusat vaksinasi.

Sesi persekolahan bersemuka masih ditutup dan hanya akan dibuka semula selepas semua guru dan murid lengkap divaksinasi.

Cuba mencatatkan 6,927 lagi kes baharu Covid-19 dan 74 kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah terkumpul masing-masing 672,599 kes dan 5,538 korban.- Bernama

Artikel Berkaitan: