Mesej kali ini terlalu biadab: Young Syefura

Young Syefura. - Foto FB Young Syefura Othman
Young Syefura. - Foto FB Young Syefura Othman
A
A
A

BENTONG - "Saya kerap menerima mesej berbaur lucah, tapi kali ini saya anggap terlalu biadab dan keterlaluan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.

Young Safura berkata demikian berhubung satu mesej yang diterima menerusi Facebook Messenger beliau pada Khamis menyebabkan satu laporan polis dibuat pembantunya.

"Individu itu menghantar mesej seolah-olah dia sedang melakukan perkara yang tidak baik kepada saya.

Ia sangat menjijikkan.

"Walaupun sudah biasa menerima mesej sebegitu, namun kali ini ia sangat mengganggu bukan sahaja kepada saya, malah kepada pegawai-pegawai saya yang membaca mesej tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Laporan polis dibuat pembantunya, Noor Suhana Ishak di Balai Polis Setapak, Wangsa Maju kira-kira jam 10.35 pagi Jumaat.

Young Syefura berkata, beliau berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas terhadap penghantar mesej berkenaan supaya tidak berlaku kepada orang lain.

Sementara itu, Noor Suhana berkata, dia sebagai pentadbir Facebook ADUN Ketari tersebut membaca mesej berbaur lucah dihantar seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama 'Hafizzul Fitri'

Artikel Berkaitan:

"Saya terbaca mesej itu kira-kira jam 7 petang Khamis dan tampil ke balai polis untuk membuat laporan," katanya.