Covid-19: Kes positif global lebih 218.8 juta, korban 4.54 juta

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 84,000 kes. - Foto Al Jazeera
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 84,000 kes. - Foto Al Jazeera
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 218.8 juta.

Ini berikutan lebih 700,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 39.4 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 32.8 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.8 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes ialah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki.

Argentina catat angka melebihi 5 juta, manakala Colombia dan Sepanyol pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.1 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2 juta, Malaysia 1.78 juta, Thailand dengan 1.2 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 67,000 kes.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.54 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 643,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 581,000 kes, India lebih 439,000 kes, Mexico lebih 260,00 kes.

Sementara United Kingdom kini mencatat lebih 133,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 84,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 133,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 33,000 diikuti Malaysia dengan 16,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 11,000 angka korban. - Awani