Petisyen selamatkan tahanan Palestin hamil 9 bulan, Anhar dimulakan

 Satu petisyen selamatkan tahanan Palestin, Anhar Deek yang kini sedang hamil sembilan bulan dimulakan netizen di platform media sosial, change.org.
Satu petisyen selamatkan tahanan Palestin, Anhar Deek yang kini sedang hamil sembilan bulan dimulakan netizen di platform media sosial, change.org.
A
A
A
KUALA LUMPUR- Satu petisyen selamatkan tahanan Palestin, Anhar Deek yang kini sedang hamil sembilan bulan dimulakan netizen di platform media sosial, change.org.

Petisyen yang dimulakan seorang individu itu bertujuan mendapatkan 150,000 tandatangan sebagai sokongan kepada usaha mendesak rejim Israel membenarkan Anhar melahirkan bayinya di luar penjara.

Anhar dijangka bersalin beberapa hari lagi dan tindakan Israel yang mahu wanita itu melahirkan bayinya di dalam penjara disifatkan sebagai bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai-nilai kemanusiaan.

Setakat jam 9 malam Khamis, petisyen itu berjaya mengumpul lebih 11,000 tandatangan.

Wanita berusia 25 tahun itu sebelum ini pernah menulis surat dari penjara untuk memohon bantuan kumpulan hak asasi manusia bagi mendesak pembebasannya seterusnya membolehkan dia bersalin di luar pusat tahanan.

Anhar ditahan tentera Israel sejak usia kandungannya lima bulan kerana dituduh cuba menikam seorang anggota rejim itu di penempatan haram Israel.

Wanita itu kemudian dibawa ke Penjara HaSharon dan Mahkamah Israel menolak rayuan keluarga Anhar untuk membebaskannya walaupun dia mengalami komplikasi semasa kehamilan.

Dalam pada itu, Liga Arab pada Rabu turut mendesak Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Anhar.

Dalam masa sama, Pertubuhan Masyarakat Awam (CSO) seluruh dunia digesa memberi tekanan kepada Israel agar mematuhi undang-undang antarabangsa. - Awani

Artikel Berkaitan: