Bomba selamatkan pasangan warga emas terperangkap banjir

Anggota bomba membantu memindahkan pasangan warga emas yang terperangkap dalam banjir di Kampung Laut, Skudai, Johor Bahru pada Khamis.
Anggota bomba membantu memindahkan pasangan warga emas yang terperangkap dalam banjir di Kampung Laut, Skudai, Johor Bahru pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan bomba menyelamatkan pasangan suami isteri warga emas yang terperangkap dalam banjir di rumah mereka di Jalan Skudai, Batu 10, Kampung Laut, Skudai di sini pada Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan II Pegawai Bomba Kanan II Faisal Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 5.36 pagi.

Susulan itu, katanya, seramai sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kita mendapati paras air di lokasi dianggarkan hampir satu meter. Kita memindahkan pasangan suami isteri dan dihantar ke Surau Batu 10 bagi penempatan sementara.

"Warga emas berusia 67 tahun bersama isterinya selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu di Pasir Gudang, seramai 24 anggota dari BBP Pasir Gudang dan BBP Johor Jaya dengan dua jentera FRT dan satu EMRS turun ke tiga kawasan banjir di Kampung Bukit Pulai, Taman Pasir Putih dan Kampung Sentosa Barat.

Komander operasinya, Timbalan Penguasa Bomba I Ibrahim Omar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.14 pagi dan mendapati banjir kilat berlaku dengan kedalaman kira-kira satu meter.

"Air telah surut dan tiada operasi penyelamatan atau pemindahan mangsa banjir dilakukan. Pemantauan dan rondaan di lokasi berisiko banjir akan sentiasa dipantau," katanya.

Artikel Berkaitan: