X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

'Saya akan bangkit kembali' - Ziyad

Status terkini dimuat naik Ziyad di laman sosialnya pada Rabu.
A
A

ATLET olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli melaungkan amaran akan bangkit kembali menebus kekecewaan di pentas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada masa depan.

"Saya akan bangkit kembali. Terima kasih kerana memberikan kata-kata semangat," kata Ziyad dalam hantaran terbarunya di akaun Facebook pada Rabu petang.

Kontinjen para negara pada Rabu menerima berita duka apabila World Para Athletics (WPA) menolak rayuan berhubung keputusan acara lontar peluru F20 pada Paralimpik Tokyo 2020, Selasa malam.

Atlet berusia 31 tahun berkenaan sebelum itu yang memecahkan rekod dunia dua kali dan boleh memenangi emas dalam acara tersebut diklasifikasikan sebagai ‘Did Not Start’ (DNS) berikutan protes dikemukakan terhadapnya oleh kem Ukraine yang menyaksikan protes serupa juga dikemukakan terhadap atlet dari Australia dan Ecuador.

Menurut WPA dalam satu kenyataan, mereka juga menolak rayuan yang dibuat oleh atlet dari Australia dan Ecuador itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!