Nepal keluarkan permit mendaki musim luruh

Setakat ini dua kumpulan telah memperoleh permit untuk mendaki Gunung Manaslu, puncak kelapan tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,163 meter. Foto 123RF
Setakat ini dua kumpulan telah memperoleh permit untuk mendaki Gunung Manaslu, puncak kelapan tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,163 meter. Foto 123RF
A
A
A

KATHMANDU -Nepal pada Selasa mula mengeluarkan permit untuk pendaki melakukan aktiviti pendakian di gunung Himalaya.

Setakat ini dua kumpulan telah memperoleh permit untuk mendaki Gunung Manaslu, puncak kelapan tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,163 meter.

“Satu kumpulan terdiri sepuluh lelaki dan lima wanita manakala satu lagi pasukan dianggotai sepuluh pendaki lelaki,” menurut kenyataan Jabatan Pelancongan.

Sebilangan besar pendaki cuba menawan Gunung Himalaya ketika musim bunga, tetapi ada yang mencuba nasib pada musim luruh.

Imagine Nepal Trek and Expedition, sebuah syarikat ekspedisi di Nepal, kini sedang mengatur ekspedisi membabitkan pasukan yang terdiri 15 orang.

Pengarah syarikat Mingma Gyalje Sherpa memberitahu, Xinhua bahawa pendaki China akan mengetuai pasukan ekspedisi.

Pada musim luruh yang lalu, Jabatan Pelancongan mengeluarkan permit untuk lapan pasukan, dianggotai 58 pendaki bagi menawan lima puncak gunung.

Untuk musim bunga tahun ini pula, sejumlah 633 pendaki dan pasukan bantuan akan mendaki enam gunung, termasuk Gunung Qomolangma yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 8848.86 meter, menurut jabatan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: