X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Bayaran BKC fasa satu secara berperingkat bermula 6 September

A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa satu akan dilakukan secara berperingkat mulai Isnin depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BKC bakal memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

“Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos lalu. Justeru, saya mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC.

“Hari ini, dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan dan proses pengkreditan fasa satu akan bermula pada 6 September dan dijangka selesai pada 10 September ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Pada 28 Jun lalu, kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Pemulih sebagai inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, beliau sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC tersebut sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar,” ujar beliau.

Kelayakan Penerima BKC
Kelayakan Penerima BKC

Fasa Pembayaran BKC
Fasa Pembayaran BKC


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!