X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Bank Rakyat tawar hadiah bernilai RM300,000

Bank Rakyat menawarkan pelbagai hadiah menarik sempena ulang tahunnya yang ke-67.
A
A

BANK Rakyat menawarkan hadiah bernilai lebih RM300,000 menerusi Kempen Jalinan Bank Rakyat 67 bermula 1 September 2021 hingga 31 Oktober 2021 sempena ulang tahun ke-67.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, penganjuran kempen yang berkonsepkan langgan dan menang itu bukan sahaja membantu pelanggan merancang kewangan dengan bijak menerusi tawaran pembiayaan yang disediakan, malah sebagai inisiatif bank bagi menghargai kesetiaan pelanggan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik.

“Orang ramai boleh merebut peluang dengan menyertai kempen menerusi langganan produk Pembiayaan Peribadi-i dan Pembiayaan PKS/Mikro/Koperasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Syed Abdul Aziz berkata, seramai 67 pemenang cabutan bertuah pada September dan 67 pemenang lagi bagi pada Oktober yang melanggan produk Pembiayaan Peribadi-i dengan pembiayaan minimum sebanyak RM30,000 berpeluang untuk memenangi wang tunai keseluruhan berjumlah RM134,000 yang mana masing-masing menerima RM1,000 setiap seorang.

“Seramai 67 pelanggan bertuah yang melanggan produk pembiayaan PKS/Mikro/Koperasi dengan pembiayaan minimum sebanyak RM20,000 bakal memenangi wang tunai keseluruhan berjumlah RM106,000.

“Bagi kategori produk Pembiayaan PKS/Mikro/Koperasi ini, pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 bagi tempat pertama, RM5,000 bagi tempat kedua, RM2,000 bagi tempat ketiga. Manakala, tempat keempat hingga ketujuh akan menerima RM2,000 setiap seorang dan RM1,000 bagi setiap 60 pelanggan bertuah yang lain,” katanya.

Syed Abdul Aziz
Syed Abdul Aziz

Beliau berkata, selain itu, seramai 67 pelanggan bertuah dengan jumlah langganan produk Bank Rakyat tertinggi dari 1 Januari hingga 31 Disember 2021 berpeluang untuk memiliki saham Bank Rakyat atau Akaun Deposit-i Berjangka, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM134,000.

“Kami menghargai pelanggan setia yang melanggan pelbagai produk di Bank Rakyat. Oleh itu, pelanggan yang melanggan lebih banyak produk dalam tempoh setahun ini, antaranya akaun Simpanan-i, Deposit-i, Semasa-i, pembiayaan, Pajak Gadai-i, Kad Kredit-i dan pelbagai lagi berpeluang untuk memenangi saham Bank Rakyat dan memiliki Akaun Deposit-i Berjangka,” katanya.

Syed Abdul Aziz berkata, Bank Rakyat komited membantu masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menerusi program jangkauan komuniti Jalinan 67 yang akan memanfaatkan 67 penerima bermula pada 7 September 2021 hingga 30 September 2021 ini.

“Pada masa sama, bayi yang lahir pada 28 September 2021 di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang akan diberikan hadiah istimewa sebagai simbolik terhadap tempat lahirnya Bank Rakyat iaitu di Bukit Mertajam 67 tahun lalu,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.bankrakyat.com.my hubungi Pusat Kad Bank Rakyat di talian 03-2693 6880, Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454 atau kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!