Warga emas hilang ditemui dalam hutan

Mangsa ditemui pihak bomba dan penduduk (Gambar kecil: Kaki mangsa ditusuk ranting kayu)
Mangsa ditemui pihak bomba dan penduduk (Gambar kecil: Kaki mangsa ditusuk ranting kayu)
A
A
A

KULIM - Kaki tertusuk ranting kayu, punca lelaki warga emas yang dipercayai hilang sebelum ini berjaya ditemui di Hutan Simpan Gunung Bongsu, petang tadi.

Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Ketua Balai Bomba Kulim Hi Tech, Mohd Yusri Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.51 pagi tadi berhubung kehilangan lelaki berusia 72 tahun yang tidak pulang ke rumahnya.

Lelaki berkenaan yang keluar rumah sekitar jam 9.30 pagi untuk mencari hasil hutan tidak pulang menjelang tengah hari.

Menurut Mohd Yusri, Pos Kawalan Bomba (PKB) dibuka bagi membantu operasi pencarian dan mangsa ditemui pasukan bomba dan penduduk jam 3.45 petang.

"Pihak polis mohon bantuan bomba dalam operasi mencari dan menyelamat.

"Mangsa berjaya ditemui bagaimanapun cedera di bahagian kaki kanan akibat tertusuk ranting kayu menyebabkan mangsa tidak boleh berjalan," katanya.

Mangsa berjaya dibawa keluar dan diserahkan pada pihak hospital untuk rawatan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: