UMNO Selangor kecewa keputusan nyah warta HSKKLU

UMNO Selangor memuat naik status dan info grafik kenyataan pimpinan berhubung keputusan kerajaan Selangor meluluskan penyahwartaan 536.7 hektar HSKKLU. (Imran)
UMNO Selangor memuat naik status dan info grafik kenyataan pimpinan berhubung keputusan kerajaan Selangor meluluskan penyahwartaan 536.7 hektar HSKKLU. (Imran)
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO Selangor melahirkan rasa kecewa berikutan keputusan kerajaan Selangor meluluskan penyahwartaan 536.7 hektar Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara (HSKKLU).

Menerusi status dan info grafik kenyataan dimuat naik di Facebook UMNO Selangor pada Selasa memaklumkan, tindakan kerajaan Selangor jelas membimbangkan rakyat di negeri ini.

"Banyak NGO (badan bukan kerajaan) turut membangkit (membantah nyah warta) perkara sama," kata kenyataan itu.

Menerusi info grafik dikongsi UMNO Selangor itu, terdapat beberapa kenyataan bantahan disuarakan pimpinan UMNO.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, kerajaan Selangor sewajarnya menumpukan dan mengutamakan kawasan pembangunan sedia ada yang masih belum dibangunkan sebelum menyahwartakan HSKKLU bagi tujuan pembangunan baharu.

"Kerajaan perlu meneliti keperluan sebenar berdasarkan pelan cadangan pemaju dan jangan ambil kesempatan," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusuf berkata, HSKKLU merupakan kawasan rayau beberapa kampung orang asli.

Jelas beliau, kawasan itu penuh dengan nilai diversiti dan wajib dikekalkan.

Artikel Berkaitan:

"Malah, menyahwarta ini lebih kepada memenuhi kehendak pemaju yang mengutamakan keuntungan ekonomi berbanding kerugian kelestarian alam sekitar," katanya.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Langat, Jefrizal Mohd Jaafar berkata, tindakan menyahwartakan HSKKLU oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor itu boleh menggugat sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

"HSKKLU tidak sewajarnya diserahkan kepada pemain industri berkaitan dan jika ini terjadi pengundi akan memberi pengajaran kepada PH di negeri ini," katanya.