Genap 100 hari Zhurong berada di Marikh

Zhurong telah menjelajah sejauh 1,064 meter di permukaan Marikh selepas beroperasi selama 100 hari.
Zhurong telah menjelajah sejauh 1,064 meter di permukaan Marikh selepas beroperasi selama 100 hari.
A
A
A

BEIJING - Kenderaan perayau, Zhurong telah menjelajah sejauh 1,064 meter di permukaan Marikh selepas beroperasi selama 100 hari, menurut Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China (CNSA) pada Isnin.

Ketua pereka misi eksplorasi Marikh pertama China, Zhang Rongqiao berkata, Zhurong kini dalam keadaan baik dan mempunyai tenaga yang mencukupi.

Zhurong akan terus meneroka ke arah selatan di Marikh bagi memperoleh lebih banyak data untuk kajian sains.

Dalam pada itu, gunung berapi lumpur antara destinasi yang dituju.

“Kami akan menyusun pelan kerja untuk operasi Zhurong dalam masa seminggu dan mengubah suai kerjanya pada setiap hari mengikut keadaan semasa.

“Jika menemui objek tipikal seperti batu dan gumuk pasir yang diminati saintis, kami akan berhenti untuk menjalankan tinjauan bersasar,” katanya.

Sebelum ini, Zhurong telah menyelesaikan misi eksplorasi yang disasarkan dan berjaya memperoleh data mentah sebanyak 10 gigabait (GB) merangkumi keadaan topografi, medan magnet, meteorologi dan sebagainya.

Zhurong yang merupakan sebahagian daripada prob penyelidikan Tianwen-1, dilancarkan di wilayah Hainan pada Julai tahun lepas.

Artikel Berkaitan:

Prob berkenaan memasuki orbit planet Marikh pada Februari lalu, selepas terbang sejauh 470 juta kilometer dari Bumi selama lebih 200 hari. - Bernama