Saran wujudkan skim khas lindungi rider e-hailing

Mohd Khairuddin (tengah) menyempurnakan pelepasan pasukan sukarelawan SERVE ke Yan, Kedah bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.
Mohd Khairuddin (tengah) menyempurnakan pelepasan pasukan sukarelawan SERVE ke Yan, Kedah bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.
A
A
A

SHAH ALAM - Skim khas perlu diwujudkan kerajaan bagi melindungi penunggang motosikal yang terlibat dalam perkhidmatan e-hailing kerana mereka sering terdedah risiko kemalangan di jalan raya.

Exco Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan negeri, Mohd Khairuddin Othman berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dalam tempoh terdekat.

“Saya akan bertemu Menteri Sumber Manusia supaya dapat pertimbangkan satu skim khas khusus untuk mereka yang terlibat dalam perkhidmatan ini (agar keselamatan mereka) lebih selamat ketika berada di jalanan.

“Insya-ALLAH dalam masa terdekat akan jumpa dan mengusulkan cadangan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan pelepasan pasukan sukarelawan Selangor Volunteer atau SERVE ke Yan, Kedah bagi membantu mangsa banjir kilat di Dataran Shah Alam, pada Ahad.

Mohd Khairuddin turut menasihati penunggang e-hailing supaya lebih berhati-hati ketika bertugas.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi menjayakan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sehingga tahun depan.

Menurutnya, antara syarat menyertai RiDE ialah pemohon mesti berumur 17 hingga 30 tahun, mempunyai pendapatan di bawah RM2,000 bagi yang bekerja serta memperoleh lesen motosikal B2 bermula Januari lalu.

RiDE menetapkan sasaran jumlah tersebut dengan penyertaan belia miskin bandar mendapat subsidi lesen motosikal RM370, selain boleh mengikuti kursus e-hailing bernilai RM200 dan menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) RM70 setahun.

Artikel Berkaitan:

Mereka yang berminat boleh memohon inisiatif itu menerusi pautan http://msnselangor.gov.my