Ketiadaan wakil STAR dalam kabinet Ismail Sabri satu kekeliruan

Jeffrey
Jeffrey
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menjelaskan ketiadaan wakil parti itu dalam kabinet Persekutuan merupakan satu kekeliruan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yakin bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak meminggirkan parti itu dalam kerajaan baharu pimpinannya.

"Ada tapi terbelakang. Hanya salah faham sebab kita di bawah Perikatan (Perikatan Nasional) dan mereka fikir Perdana Menteri bertanya kepada saya.

"Jadi kita mengharapkan, dia pun mengharap jadi begitulah," katanya kepada pemberita ketika ditanya berhubung pembentukan kabinet yang diumumkan Jumaat lalu tidak menyenaraikan wakil daripada STAR membarisi Kabinet.

Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan barisan kabinet beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 20 Ogos lalu.

Pembentukan barisan kabinet Ismail Sabri menyaksikan seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri termasuk enam pemimpin mewakili Sabah dilantik selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagaimanapun, enam ahli Parlimen yang dilantik itu tidak mewakili STAR berbanding kabinet di bawah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang melantik Jeffrey sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Dalam barisan Kabinet Muhyiddin, jawatan itu kemudian diisi oleh Setiausaha Agung STAR Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi berikutan pelantikan Jeffrey sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah selepas berjaya menjadi kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu.

Artikel Berkaitan: