Spurs kekalkan rentak kemenangan ketiga berturut-turut

Aksi Son Heung-Min (kanan) ketika cuba meloloskan diri dari kawalan pemain Watford, Adam Masina pada aksi liga di Stadium Tottenham Hotspur, London. -Foto: AFP
Aksi Son Heung-Min (kanan) ketika cuba meloloskan diri dari kawalan pemain Watford, Adam Masina pada aksi liga di Stadium Tottenham Hotspur, London. -Foto: AFP
A
A
A

PASUKAN Tottenham Hotspur mengekalkan momentum positif saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melakar kemenangan ketiga liga selepas menjinakkan Watford 1-0 di Stadium Tottenham Hotspur malam ini.

Jaringan hasil sepakan percuma Son Heung-min pada minit ke-42 sudah cukup membolehkan skuad kendalian Nuno Espírito Santo melebarkan tiga kemenangan berturut-turut liga.

Tiga mata berharga tersebut juga menyaksikan The Lilywhites melonjak ke tangga teratas liga dengan rekod tanpa bolos dalam tiga perlawanan yang diharungi sebelum ini - tewaskan Manchester City 1-0 dan Wolves (1-0).

Skuad Nuno Espírito Santo kini memimpin saingan liga dengan sembilan mata selepas mengharungi tiga perlawanan dua mata sekali gus memintas West Ham United yang menerajui liga sebelum ini.

Artikel Berkaitan: