PKPD di tiga lokaliti di Johor dan Sabah bermula 31 Ogos ini

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dua lokaliti di Sabah dan satu di Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 31 Ogos hingga 13 September ini, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad.

PKPD di Sabah melibatkan Kampung Bukit Gemuk, Tawau dan Kampung Nasakot, Ranau, manakala PKPD di Johor melibatkan Kampung Nelayan Benut, Mukim Sungai Pinggan di Pontian.

“Sementara itu hanya satu kawasan PKPD yang dilanjutkan iaitu Taman Megah Jaya (Lorong 2,3,9 dan 10) di Tawau, Sabah bermula 31 Ogos hingga 13 Sept ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

PKPD di tiga lokaliti di Kota Belud, Sabah iaitu Kampung Mantanau, Kampung Pirasan Ulu dan Kampung Suang Punggur pula akan ditamatkan esok mengikut jadual.

Turut ditamatkan esok seperti dijadualkan ialah PKPD di Kampung Bukit Cina, Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu dan 19 lokaliti di Mukim Kuala Dungun serta 14 lokaliti di Mukim Sura, Dungun juga di Terengganu. - Bernama

Artikel Berkaitan: