Skuad FAM-MSN tewaskan Kelantan United

Pemain Kelantan United (merah) gagal menggunakan kesempatan di tempat sendiri apabila tumpas 0-1 ditangan Skuad Projek FAM-MSN di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada Ahad. -Foto KUFC
Pemain Kelantan United (merah) gagal menggunakan kesempatan di tempat sendiri apabila tumpas 0-1 ditangan Skuad Projek FAM-MSN di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada Ahad. -Foto KUFC
A
A
A

SKUAD Projek FAM-MSN melakukan kejutan apabila menewaskan Kelantan United FC 1-0 pada Liga Primier di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Ahad.

Kelantan United yang terdesak mencari kemenangan bermula garang dengan melakukan asakan awal ke kubu pelawat untuk mendapatkan jaringan 'semangat'.

Peluang terbaik Kelantan United memecah kebuntuan jaringan hadir pada minit kesembilan menerusi Fakhrul Zaman Abdullah Zawawi namun sepakan percumanya sekadar melewati palang gol pelawat.

Enam minit berselang, Fakhrul Zaman sekali lagi terlepas peluang menjaringkan gol apabila tandukannya tersasar dari pintu gol pelawat begitu juga dengan Gassama Alfusainey pada minit ke-24.

Kelantan United hampir dihukum oleh pelawat pada minit ke-34, namun penjaga gawang Mohammad Fikri Che Soh tangkas mengeluarkan bola sepak percuma Azhad Harraz Arman.

Keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan United terus buntu untuk mendapatkan jaringan apabila setiap peluang terhidang gagal disudahkan dengan baik oleh barisan penyerang The Green Deers.

Minit ke-63, Mohammad Fikri terus bertindak cemerlang apabila menyelamatkan rembatan kencang dari luar kotak penalti oleh Muhaimin Izuddin Muhammad Asri.

Artikel Berkaitan:

Kecemerlangan Mohammad Fikri mengawal gol Kelantan United akhirnya 'bocor' menerusi rembatan deras Azhad Harraz pada minit-78 untuk jaringan tunggal perlawanan.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan menyaksikan Skuad Projek FAM-MSN melakar kemenangan pertama dalam saingan Liga Premier musim ini.