Ismail Sabri ucap takziah kepada keluarga Lajim

Allahyarham Lajim Ukin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Pakar KPJ, Kota Kinabalu, pagi Ahad.
Allahyarham Lajim Ukin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Pakar KPJ, Kota Kinabalu, pagi Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Pakar KPJ, Kota Kinabalu, pagi Ahad.

Menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan kepada negara, Ismail Sabri mendoakan semoga segala khidmat baktinya mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada ALLAH SWT.

“Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin,” katanya dalam catatan di Facebook.

Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu menghembuskan nafas terakhirnya jam 6.23 pagi dan jenazahnya akan disemadikan di kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort, Sabah.

Sepanjang hayatnya, Lajim, 66, pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri Klias, selain pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kabinet Persekutuan antaranya Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: