Lelaki ditahan seludup masuk anak anjing dari Thailand

Sebahagian daripada enam ekor anak anjing yang diseludup masuk dari Thailand dirampas di pangkalan haram Maghribi, Rantau Panjang pada Sabtu.
Sebahagian daripada enam ekor anak anjing yang diseludup masuk dari Thailand dirampas di pangkalan haram Maghribi, Rantau Panjang pada Sabtu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki ditahan di pangkalan haram Maghribi di sini pada Sabtu kerana menyeludup masuk enam ekor anak anjing dari Thailand secara tidak sah.

Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Mat Shukor Yusof berkata, lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 11 pagi ketika anggota Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa melakukan rondaan di kawasan tersebut.

"Semasa melakukan rondaan, anggota bertugas melihat sebuah kenderaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan," katanya.

Menurutnya, anggota bertugas bertindak menahan kenderaan terbabit untuk melakukan pemeriksaan.

"Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tersebut telah menjumpai sangkar yang mengandungi anak-anak anjing," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mat Shukor berkata, salah seekor daripada enam anak anjing yang dijumpai itu adalah dari baka Bulldog.

"Siasatan awal mendapati kesemua anak-anak anjing itu dibawa masuk secara haram ke negara ini dari Thailand.

"Kesemua barangan rampasan itu akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Maqis 2011," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, lelaki berkenaan menggunakan laluan tidak diwartakan kerajaan.