Optimum potensi produk untuk pasaran lebih besar

Fuziah mencuba cendol durian yang dijual peniaga gerai Program My Best Buy dan Jualan Terus Dari Ladang di Serambi Teruntum, semalam.
Fuziah mencuba cendol durian yang dijual peniaga gerai Program My Best Buy dan Jualan Terus Dari Ladang di Serambi Teruntum, semalam.
A
A
A

KUANTAN - Golongan usahawan perlu mengoptimumkan potensi produk yang dihasilkan bagi menembusi pasaran yang lebih besar.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, ramai usahawan makanan misalnya mempunyai produk berpotensi namun golongan itu tidak nampak potensi yang dimiliki untuk dikembangkan.

"Justeru mereka perlu dibantu supaya produk dihasilkan mampu dikembangkan dan dipasarkan sendiri. Saya lihat ada beberapa bentuk bantuan diperlukan golongan usahawan antaranya dalam aspek pasaran, geran untuk memulakan perniagaan termasuk pembelian peralatan dan mesin sertai rangkaian kerjasama

“Misalnya ada peniaga buah yang hasilkan sendiri serbuk perasa untuk buah yang dijual sedangkan produk itu sendiri sebenarnya boleh dipasarkan dan sudah tentu ada permintaan. Bayangkan semua peniaga buah menggunakan serbuk perasa itu, sudah tentu ia mampu memberi keuntungan,” katanya

Fuziah menyempurnakan gimik pelancaran Program My Best Buy dan Jualan Terus Dari Ladang di Serambi Teruntum disaksikan Rosli.
Fuziah menyempurnakan gimik pelancaran Program My Best Buy dan Jualan Terus Dari Ladang di Serambi Teruntum disaksikan Rosli.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program My Best Buy dan Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pahang di Serambi Teruntum di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Fama Pahang, Rosli Awang Da.

Dalam pada itu, Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pengurusan pasar raya juga perlu membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk selain membantu dari segi lain seperti pembungkusan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, beliau turut memuji langkah Fama dalam membantu usahawan di negeri ini dengan mengadakan program Program My Best Buy dan Jualan Terus Dari Ladang bagi membantu mempromosikan produk keluaran usahawan di negeri ini.

Fuziah meninjau gerai jualan pada Program My Best Buy dan Jualan Terus Dari Ladang di Serambi teruntum, semalam.
Fuziah meninjau gerai jualan pada Program My Best Buy dan Jualan Terus Dari Ladang di Serambi teruntum, semalam.

Program itu diadakan selama tiga hari bermula semalam disertai seramai 46 peserta yang memasarkan pelbagai jenis produk termasuk buah-buahan segar dan pelbagai produk makanan. Difahamkan Program My Best Buy dan Jualan Terus Dari Ladang yang diadakan tahun lalu mencatatkan jualan RM492,000 dengan nilai jualan purata RM41,000 sebulan.