PDRM siasat dakwaan dua anggota Daesh warga Malaysia ditahan Taliban

Acryl Sani
Acryl Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan permohonan kepada agensi keselamatan luar negara bagi menyiasat dakwaan berhubung dua rakyat negara ini yang ditahan pihak berkuasa Taliban di Afghanistan.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai laporan berita dua rakyat negara ini ditahan kerana penglibatan mereka sebagai pejuang Daesh.

"Setakat ini polis tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan aktiviti Daesh di Afghanistan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Acryl berkata, pihaknya sudah memohon bantuan daripada beberapa agensi keselamatan antarabangsa untuk mengesahkan laporan tersebut.

Sementara itu, media antarabangsa pada Sabtu melaporkan, dua rakyat Malaysia antara enam individu yang ditahan pihak berkuasa Taliban kerana terbabit dalam pertemburan bersenjata di Kabul, Afghanistan pada Khamis lepas.

Menurut laporan tersebut, pertempuran antara pihak Taliban dan Daesh semakin meruncing selepas kejadian letupan pengebom berani mati di Lapangan Terbang Kabul yang mengorbankan lebih 200 nyawa, termasuk anggota tentera Amerika Syarikat (AS).

Artikel Berkaitan: