Tujuh lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD: MKN

Tujuh lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan PKPD berkuatkuasa pada 30 Ogos hingga 12 September depan.
Tujuh lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan PKPD berkuatkuasa pada 30 Ogos hingga 12 September depan.
A
A
A

SHAH ALAM – Tujuh lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa pada 30 Ogos hingga 12 September depan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di Sabah membabitkan empat lokaliti di Putatan iaitu iaitu di Taman Ketiau; Platinum Apartment; Taman Teluk Villa dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Serigai.

“Di Pahang membabitkan tiga lokaliti di Mukim Hulu Cheka, Jerantut iaitu Kampung Baru Balai, Kampung Congo dan Kampung Perlok,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam kenyataan sama, beliau memaklumkan PKPD bagi Kampung Tahau, Matunggong, Kudat Sabah yang sepatutnya tamat pada Ahad, dilanjutkan sehingga 12 September 2021.

Tambah beliau, setelah meneliti perbentangan KKM dan situasi semasa, PKPD Kampung Seberang Sungai Ular, Mukim Sungai Karang, Kuantan pula ditamatkan lebih awal.

“PKPD di situ bermula 22 Ogos dan sepatutnya dijadualkan tamat pada 4 September, namun ditamatkan lebih awal iaitu pada Ahad (29 Ogos 2021),” katanya.

Lokaliti PKPD lain yang turut ditamatkan pada tarikh sama adalah Kampung Orang Asli Terisu, Pos Terisu, Cameron Highland, Pahang.

PKPD yang ditamatkan di Sabah meliputi Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya di Tawau dan Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang di Ranau.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Perumahan Ladang Excellent Challenger 2 di Beluran; Blok G, H, K, L, Megalong dan Kawasan Perbandaran Dongongon Fasa 2 di Penampang serta Kampung Sembirai Lebak Engad di Kota Belud.