60 peratus penggiat pelancongan belum hantar maklumat vaksinasi pekerja

Muhammad Jailani menyerahkan Jalur Gemilang kepada peniaga ketika Program Pasar Segar Terkawal di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Rembia di sini pada Sabtu.
Muhammad Jailani menyerahkan Jalur Gemilang kepada peniaga ketika Program Pasar Segar Terkawal di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Rembia di sini pada Sabtu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Kerajaan Melaka menganggarkan 60 peratus pemain industri pelancongan terutama sektor perhotelan masih gagal menghantar maklumat jumlah pekerja yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, mereka diminta untuk memberi kerjasama walaupun terdapat segelintir hotel masih belum beroperasi.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan program vaksinasi dalam kalangan pemain sektor itu memberi manfaat kepada mereka menjelang pembukaan semula sektor pelancongan dijangka pada Disember depan.

"Namun, kita masih belum dapat menyiapkan data lengkap berhubung vaksinasi dan ini akan mengganggu persediaan untuk menerima kehadiran pelancong tidak lama lagi.

"Kita masih belum dapat mengumpul maklumat vaksinasi daripada mereka," katanya.

Muhammad Jailani berkata demikian pada Program Pasar Segar Terkawal Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Rembia di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, pihaknya juga telah melakukan pelbagai bentuk peringatan kepada penggiat terbabit baik secara rasmi, hantaran mesej di aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook.

"Saya sangat berharap semua pihak dapat memberi kerjasama supaya perancangan untuk membangunkan semula sektor pelancongan berjalan lancar.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun ada yang sudah menutup perniagaan, kita harap sangat mereka dapat menghantar maklumat tersebut bagi tujuan penyimpanan data kerajaan negeri," katanya.