Ismail Sabri ziarah pusara ibu, ayah di Temerloh

Ismail Sabri (tengah) ketika menziarahi pusara ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah, Temerloh pada Sabtu.
Ismail Sabri (tengah) ketika menziarahi pusara ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah, Temerloh pada Sabtu.
A
A
A

TEMERLOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi pusara ayah, ibunya di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah di sini pada Sabtu.

Perdana Menteri tiba di tanah perkuburan terbabit kira-kira jam 11.30 tengah hari.

Beliau kemudian melawat pusara ayahnya, Allahyarham Yaakob Abdul Rahman dan ibu, Allahyarham Wan Jah Wan Mamat.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira setengah jam di tanah perkuburan itu membaca Yasin di tanah perkuburan terbabit.

Sebaik selesai di tanah perkuburan berkenaan, Ismail Sabri kemudiannya meneruskan lawatan kerja ke Parlimen Bera pada hari sama buat kali pertama selaku Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan: