Kipas siling nyaris timpa budak sedang makan

Kipas siling terjatuh dengan tiba-tiba dan nyaris menimpa seorang budak di sebuah rumah di Bac Ninh baru-baru ini. - Foto Viral Hog
Kipas siling terjatuh dengan tiba-tiba dan nyaris menimpa seorang budak di sebuah rumah di Bac Ninh baru-baru ini. - Foto Viral Hog
A
A
A

HANOI - Seorang budak lelaki nyaris cedera apabila sebuah kipas tiba-tiba terjatuh dari atas siling ketika dia sedang menjamu selera bersama keluarga di rumahnya di Bac Ninh, Vietnam baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku ketika enam sekeluarga sedang duduk dan makan malam bersama-sama apabila budak lelaki berkenaan mendengar bunyi bising menyebabkannya melihat ke atas siling.

Beberapa saat kemudian, kipas itu terjatuh dengan tiba-tiba.

Bilah kipas tersebut terjatuh di sebelah tempat budak tersebut dan dua anggota keluarga lain yang sedang duduk rapat-rapat sewaktu menikmati makanan di atas lantai

rumah berkenaan.

Ibu mangsa yang terkejut, bergegas pergi ke arah anaknya kerana bimbang dia mengalami kecederaan.

Seorang anggota keluarga itu memberitahu Viral Hog bahawa tidak ada seorang pun ahli keluargnya yang cedera dalam kejadian tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: