X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

'Saya akan tunaikan amanah ini dengan sepenuh hati' - Hang Soon

Hang Soon
A
A

IPOH - Datuk Dr Mah Hang Soon yang dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Pendidikan berjanji akan melaksanakan amanah diberikan dengan sepenuh hati.

Timbalan Presiden MCA itu berkata, ini kerana amanah jawatan diberikan itu adalah tanda kepercayaan daripada pimpinan terhadap tugas yang dijalankan sebelum ini.

"Terima kasih atas kepercayaan Perdana Menteri dengan melanjutkan tanggungjawab saya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

"Saya juga ingin merafak sembah dan merakamkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, seluruh rakyat Malaysia dan juga Barisan Nasional atas amanah serta kepercayaan yang diberikan kepada saya.

"Saya akan menunaikan amanah ini dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh," katanya menerusi akaun Facebook miliknya di sini pada Jumaat.

Pada Mac tahun lalu, Hang Soon antara enam senator yang mengangkat sumpah di Dewan Negara susulan pelantikan beliau dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Menteri Pendidikan I.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan barisan kabinet baharu menyenaraikan semula Hang Soon sebagai Timbalan Menteri Pendidikan I bersama Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (Menteri) dan Datuk Mohamad Alimin (Timbalan Meneri Pendidikan II).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!