Dr Noor Azmi tidak sabar bekerjasama bersama KJ

Dr Noor Azmi menerusi hantaran Twitternya pada Jumaat.
Dr Noor Azmi menerusi hantaran Twitternya pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali tidak sabar untuk bekerjasama dengan Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam menguruskan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Dr Noor Azmi yang dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Kesihatan 1 turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaannya untuk memikul jawatan itu.

"Terima kasih kepada YAB PM @IsmailSabri60 atas lantikan ini sekali lagi. Saya akan terus memberikan yang terbaik untuk menggalas amanah yang diberikan.

"Tahniah kepada YB @Khairykj atas lantikan sebagai Menteri Kesihatan @KKMPutrajaya. Semoga dapat bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha untuk menguruskan pandemik ini demi Keluarga Malaysia," katanya menerusi hantaran di Twitter pada Jumaat.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berazam untuk melaksanakan tugas dengan baik selepas diberi kepercayaan dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

"Saya tidak jangka diberi jawatan ini dan insyaALLAH saya melakukan tugas dengan baik dan akan memberi kerjasama (kepada semua pihak).

"Mohon doakan saya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan tugas," katanya.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Artikel Berkaitan: