Lapan bengkel musnah dalam kebakaran

Lapan deretan bengkel musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Tanjung Api, Padang Lalang di sini pada awal pagi Jumaat.
Lapan deretan bengkel musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Tanjung Api, Padang Lalang di sini pada awal pagi Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Lapan deretan bengkel kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Tanjung Api, Padang Lalang di sini pada awal pagi Jumaat.

Kebakaran yang dilaporkan pada jam 5.06 pagi itu turut merosakkan dua jentera berat dan beberapa kenderaan lain.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, enam penghuni di premis terbabit selamat apabila semuanya sempat menyelamatkan diri.

Menurutnya, kebakaran melibatkan bengkel kereta, bengkel mengecat kenderaan dan bengkel kerja kejuruteraan itu berjaya dipadamkan dalam tempoh lebih tiga jam.

Operasi memadam kebakaran mengambil masa lebih tiga jam.
Operasi memadam kebakaran mengambil masa lebih tiga jam.

" Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah menerima panggilan berhubung kejadian melalui sistem MERS 999 jam 5:06 pagi.

"Seramai 28 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, BBP Indera Mahkota dan BBP Gebeng bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mengawal dan memadam kebakaran.

"Kebakaran melibatkan lapan bengkel dengan anggaran kemusnahan 85 peratus," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Ismail berkata, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.