Arteta harap Arsenal dapat suntikan semangat berdepan City

Arteta (kanan), bersama pemain Arsenal pada sesi latihan. -Foto gettyimages
Arteta (kanan), bersama pemain Arsenal pada sesi latihan. -Foto gettyimages
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta berharap kemenangan besar ke atas West Bromwich pada saingan Piala Liga Khamis lalu diharap dapat memberikan suntikan semangat apabila berdepan Manchester City pada Sabtu di Etihad.

Menurut Arteta, suntikan semangat itu diharap dapat membantu skuad The Gunners itu untuk memberikan aksi terbaik dalam usaha mencatatkan kemenangan berdepan The Citizens setelah tewas kepada Brentford dan Chelsea pada dua aksi awal Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

“Kami ke Etihad dengan misi untuk menang dan berharap ia dapat membantu kami untuk mengubah prestasi buruk dalam dua perlawanan terdahulu dan sekali gus memperbaiki kedudukan.

“Bagaimanapun, sebagaimana yang pernah saya katakana sebelum ini, setelah mengalamai dua kekalahan berturut-turut, sudah pasti anda mahukan kemenangan bagi mendapatkan semula keyakinan dan juga ‘mood kemenangan.’

“Itulah yang berlaku apabila kami menang besar ke atas West Brom pada Khamis dan fokus kami kini adalah untuk berdepan pasukan juara seperti City di mana kami pastinya akan memberikan aksi yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod, kemenangan 6-0 Arsenal itu turut menyaksikan penyerang Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang meledak hattrik bagi membantu kemenangan The Gunners.

Sementara itu, Arteta berharap dapat menurunkan kesebelasan terbaik ketika berdepan City sebagaimana kesebelasan yang diturunkan ketika berdepan West Brom.

Katanya, kemampuan membariskan pemain-pemain seperti Aubameyang, Nicolas Pepe, Bukayo Saka dan Alexandre Lacazette diharap dapat membantu misi memburu kemenangan pada perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Dapat menurunkan pemain-pemain hebat pada perlawanan berkenaan pastinya sesuatu yang dapat membantu misi kemenangan kita.

“Pemain-pemain kita juga kelihatan begitu bersemangat menjelang aksi berdepan City dan kita menjangkakan satu perlawanan yang sengit nanti,” katanya.