Lori tanah tersangkut pada jejantas

Lori tanah yang tersangkut pada jejantas di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Taman Penggawa, Sungai Lias pada Khamis.
Lori tanah yang tersangkut pada jejantas di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Taman Penggawa, Sungai Lias pada Khamis.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Sebuah lori tanah tersangkut di jejantas di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Taman Penggawa, Sungai Lias di sini pada Khamis.

Kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu berlaku selepas kenderaan berat itu menurunkan tanah di kawasan pembinaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kemalangan berlaku akibat kerosakan butang hidraulik pada kenderaan berkenaan.

"Ketika lori meneruskan perjalanan secara tiba-tiba, bahagian 'bucket' tersangkut pada jejantas," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Agus Salim berkata, pemandu beralamat di Kampung Seri Mahkota, Jalan Gambang Kuantan, Pahang itu terselamat dalam kejadian itu dan hanya mengadu sakit di bahagian dada.

"Kenderaan dipandu mangsa mengalami kerosakan pada bahagian 'bucket' dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya.

Pada petang Khamis, tular rakaman video dan gambar di laman sosial Facebook apabila lori tanah tersangkut di jejantas.

Artikel Berkaitan: