Pasaran getah ditutup rendah

Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi hari ketiga berturut-turut hari ini, disebabkan oleh pasaran hadapan getah serantau yang lemah dan penurunan harga minyak mentah. Gambar hiasan
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi hari ketiga berturut-turut hari ini, disebabkan oleh pasaran hadapan getah serantau yang lemah dan penurunan harga minyak mentah. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi hari ketiga berturut-turut hari ini, disebabkan oleh pasaran hadapan getah serantau yang lemah dan penurunan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, pasaran juga dipengaruhi oleh prestasi ringgit kerana mata wang tempatan terus mengukuh berbanding dolar AS, naik ke paras tertinggi pada 4.1915 buat pertama kalinya dalam tempoh lebih sebulan hari ini.

"Dolar AS pula berada hampir di paras terendah dalam tempoh seminggu berbanding mata wang utama lain di tengah-tengah keyakinan bahawa varian Delta tidak akan merencatkan pemulihan ekonomi global.

"Para pelabur kini menumpukan perhatian pada simposium Rizab Persekutuan Amerika Syarikat di Jackson Hole pada Jumaat untuk mendapatkan petunjuk mengenai tempoh waktu pelaksanaan pengurangan rangsangan monetari," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, harga minyak mentah jatuh buat pertama kalinya minggu ini, mengakhiri kenaikan tiga hari berturut-turut ekoran kebimbangan terhadap pemulihan permintaan ketika pengeluaran minyak disambung semula di Mexico dan lebih banyak sekatan dikenakan untuk mengekang jangkitan Covid-19, tambah beliau.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 turun 9.5 sen kepada 705.5 sen sekilogram, sementara lateks pukal tidak berubah pada 524.0 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga tutup LGM bagi SMR 20 berada pada 705.5 sen sekilogram, sementara lateks pukal pada 524.0 sen sekilogram. - Bernama

Artikel Berkaitan: