Tujuh cedera letupan saluran paip gas di Bangladesh

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

DHAKA - Sekurang-kurangnya tujuh cedera termasuk seorang kanak-kanak dalam kejadian letupan saluran paip gas di ibu kota Bangladesh pada Khamis.

Polis Metropolitan Dhaka berkata, insiden itu berlaku di sebuah bangunan kediaman enam tingkat di Mirpur, pinggir Dhaka sekitar jam 1 pagi (waktu tempatan).

Saksi berkata, letupan berlaku di salah sebuah rumah di tingkat bawah flat berkenaan.

Kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sheikh Hasina untuk rawatan lanjut.

Pada Jun lalu, tujuh orang disahkan terbunuh manakala 50 lagi cedera dalam insiden serupa yang merosakkan sebahagian bangunan tiga tingkat di Dhaka.

Siasatan awal dipercayai berpunca daripada gas metana pekat yang terkumpul dalam saluran paip bawah tanah sehingga meletup.

Difahamkan, beberapa kejadian sama berlaku di ibu kota Bangladesh itu sejak beberapa tahun lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: